Saturday 28 January 2012

Lagi Lagi Politik

Sedang menonton berita di ChannelThree, tiba2 kedengaran suara Zahid medengus...huh!!

"Ah, politik. Bodoh siapa yg mengikuti perkembangan politik malaysia ni..semua tertipu habis habisan." Lebih kurg mcm tuh la si Zahid ni mengomel sendirian. 

Aku hanya terdiam, kalau aku memulakan perbicaraan, keadaan tidak ubah seperti didalam dewan parlimen. Bakal berlaku pendebatan yg akhirnya bakal mencetuskan ketegangan antara aku dan Zahid. Jadi aku tuliskan je la apa yg terbuku dalam otak aku ni di sini. Terpulang pada pembaca untuk merimanya secara positif atau negatif. Aku enggan berpihak pada mana-mana pihak namun sedikit sebanyak aku akan beritahu kenapa perlunya politik. Anak muda masa kini hidup dalam keadaan yg terlampau selesa sehingga mereka ini tidak nampak apa2 kepentingan tentang perkara yg nampaknya seperti tiada kaitan langsung dengan kehidupan mereka. Apa yg mereka tahu, hiburan semata2.. (wah, terasa aku) 

Ini bukan perkara baru, hampir saban hari aku mendengar keluhan anak2 muda tentang apa yang mereka dengar dari media2 massa. Baiklah, sekarang ini aku mahu kalian cuba imiginasikan pemikiran kalian setinggi2 yg mungkin.

Antara agama Islam dan Kristian. 
Mana satu yg kalian akan pilih?
Dan mana satu org yg ingin mencari pegangan agama yg dahulunya dikatakan ateis akan pilih?
Bukan soalan pertama yg akan dibincangkan tetapi soalan kedua itulah yg benar2 perlu diketengahkan. Baiklah, kembali ke politik semasa. Kita adalah manusia biasa, selagi kita tidak menimba ilmu, selagi itu lah kita hidup dalam kegelapan. Perumpamaan org ateis yg saya katakan tadi adalah seperti kita. Belum mengenal apa itu politik. Jadi apa yg kita dengar bakal mencorakkn pemilihan kita dalam mana2 parti dan mungkin juga akan berputus asa kerana terlalu lemah dan takut lalu masih ditakuk lama. (dlm erti kata soalan tadi, anda mungkin masih menjadi ateis). Jadi mereka yg mengeluh tentang politik dan mengatakan politik ini tidak membawa apa2 kebaikan adalah umpama mereka yg tiada pegangan agama. Ini bukan menyamakan antara politik dan agama, tapi untuk lebih faham apa yg cuba dirungkaikan. 

Ateis mungkin akan memilih agama Islam jika dia diberi hidayah oleh Allah SWT dgn bantuan manusia disekelilingnya, namun masyarakat Islam zaman sekarang begitu terikut2 budaya barat yg seterusnya melenyapkan cara hidup islam yg mudah menarik org bukan islam menganutinya. Pada pandangan ateis itu sendiri, Islam nampaknya agama yg susah dipelajari atau mungkin agama yg sgt kejam untuk dianuti. Bagaimana pula dengan kristian? Agama dan urusan dunia dipisahkan. Bebas untuk melakukan apa2 shaja. Jika kita tidak mempunyai ilmu, pasti kita akan memilih sesuatu berlandaskan nafsu semata2. Begitu juga politik, apa yg kita nampak dari mata kasar tentang kebaikan memilih parti politik yg ini atau memilih yang itu? Ramai yg memilih jalan salah atas pelbagai sebab dan perkara yg mempengaruhinya, namun ilmu itulah cahaya kehidupan. Selagi kita hanya mengikut telunjuk orang secara membuta tuli, ternyata ilmu didada terlalu sedikit. Begitu lah yg berlaku saat kita melihat org bukan islam masih menganut agama masing2. Mereka tidak mengetahui selok belok agama, tetapi mereka melihat kepentingan duniawi semata2. 

Politik Malaysia juga begitu, ade parti yg memisahkan hubungan agama dan duniawi dan ada juga parti yg menggunakan kuasa lain untuk memperjuangkan agama semata2. Nampak seperti kedua2 belah pihak berada dilandasan yg salah. Mungkin kerana itu anak muda melihat tiada gunanya memilih parti mana2. Semuanya adalah kerana kuasa semata2. Jadi caranya mudah, setiap masalah yg berlaku cuba kaitkan semula dengan Agama. Jika seorg ateis melihat masyarakat Islam adalah masyrakat yg kejam, maka dia mengenal islam secara membuta tuli. Tetapi jika dia mendalami Islam itu sebenar2nya dia akan merasai nikmat hidup di dunia dan akhirat. Dalam politik, memilih parti bukan kerana pengikutnya. Tetapi melihat pada pemimpin dan fahaman yg diperjuangkan. Jika kita melihat duniawi semata2, kita umpama memihak kepada parti yg memperjuangkan nafsu semata2. Tetapi jika kita melihat dari segi agama, kita akan lihat bahawa memilih parti politik berteraskan agama mampu membawa kita keselesaan dan kenikmatan yg jauh dari apa yg kita rasai sekarang. 

Mungkin ramai yg kurang tangkap dengan apa yg cuba aku luahkan, namun banyakkan lah membaca bahan2 bacaan berkaitan agama dan situasi politik masa kini kerana lebih banyak ilmu yg kita cari, makin berkuasa kita suatu hari nanti. Jangan jadi seperti mereka yg mengikut parti politik semata tetapi tidak mendalami apa yg diperjuangkan. Dan perlu diingatkan, memilih parti politik adalah perlu kerana kita tidak mahu negara yg kita cintai jatuh ke tangan yg salah. Kerana itu akan menyebabkan kehidupan kita melalui saat yg paling genting. Dunia hanya sementara, aku akui aku juga manusia biasa yg melakukan kesilapan dan aku bukanlah org yg tahu selok belok tentang agama tapi aku melihat jauh perubahan yg berlaku jika Agama itu diletak setinggi2 yg mungkin. Kerana kita ini hanya manusia. Makhluk yg lemah lagi hina. Agama itulah yg mencorakkn kehidupan yg sebenar. Ingat, agama perkara yg pling besar dalam kehidupan. Jangan sesekali jauhkan agama dari apa yg kita lakukan dan apa yg kita pilih kerana kesannya amat besar. 

5 comments:

hikaru said...

trimas, lepas video ustaz azhar idrus, entri awak membuka minda saya ngan lebih luas lagi. trimas untuk entri ni. :)

Si BuDaK KaChAk said...

ada ahli politik baru...eh2...ahli blogger baru...hehehe

salam perkenalan dr sy...

datang follow sini utk menambah semangat utk berblogging...

slamat berblogging...blogging mesti mau heppi...

=)

fieda said...

salam kenal dan happy blogging..

Si Pensel said...

Teesaz_hehehe...x sgka..:)

SiBuDaKKaChAk_wah, makasih2 ya.. smgat plak nk berblog..hik3..

fieda_alhamdulillah, korg ni bagus la...hik3..

Karya Hati said...

salam kenal ya dari love bug :)