Saturday 28 January 2012

Lagi Lagi Politik

Sedang menonton berita di ChannelThree, tiba2 kedengaran suara Zahid medengus...huh!!

"Ah, politik. Bodoh siapa yg mengikuti perkembangan politik malaysia ni..semua tertipu habis habisan." Lebih kurg mcm tuh la si Zahid ni mengomel sendirian. 

Aku hanya terdiam, kalau aku memulakan perbicaraan, keadaan tidak ubah seperti didalam dewan parlimen. Bakal berlaku pendebatan yg akhirnya bakal mencetuskan ketegangan antara aku dan Zahid. Jadi aku tuliskan je la apa yg terbuku dalam otak aku ni di sini. Terpulang pada pembaca untuk merimanya secara positif atau negatif. Aku enggan berpihak pada mana-mana pihak namun sedikit sebanyak aku akan beritahu kenapa perlunya politik. Anak muda masa kini hidup dalam keadaan yg terlampau selesa sehingga mereka ini tidak nampak apa2 kepentingan tentang perkara yg nampaknya seperti tiada kaitan langsung dengan kehidupan mereka. Apa yg mereka tahu, hiburan semata2.. (wah, terasa aku) 

Ini bukan perkara baru, hampir saban hari aku mendengar keluhan anak2 muda tentang apa yang mereka dengar dari media2 massa. Baiklah, sekarang ini aku mahu kalian cuba imiginasikan pemikiran kalian setinggi2 yg mungkin.

Antara agama Islam dan Kristian. 
Mana satu yg kalian akan pilih?
Dan mana satu org yg ingin mencari pegangan agama yg dahulunya dikatakan ateis akan pilih?
Bukan soalan pertama yg akan dibincangkan tetapi soalan kedua itulah yg benar2 perlu diketengahkan. Baiklah, kembali ke politik semasa. Kita adalah manusia biasa, selagi kita tidak menimba ilmu, selagi itu lah kita hidup dalam kegelapan. Perumpamaan org ateis yg saya katakan tadi adalah seperti kita. Belum mengenal apa itu politik. Jadi apa yg kita dengar bakal mencorakkn pemilihan kita dalam mana2 parti dan mungkin juga akan berputus asa kerana terlalu lemah dan takut lalu masih ditakuk lama. (dlm erti kata soalan tadi, anda mungkin masih menjadi ateis). Jadi mereka yg mengeluh tentang politik dan mengatakan politik ini tidak membawa apa2 kebaikan adalah umpama mereka yg tiada pegangan agama. Ini bukan menyamakan antara politik dan agama, tapi untuk lebih faham apa yg cuba dirungkaikan. 

Ateis mungkin akan memilih agama Islam jika dia diberi hidayah oleh Allah SWT dgn bantuan manusia disekelilingnya, namun masyarakat Islam zaman sekarang begitu terikut2 budaya barat yg seterusnya melenyapkan cara hidup islam yg mudah menarik org bukan islam menganutinya. Pada pandangan ateis itu sendiri, Islam nampaknya agama yg susah dipelajari atau mungkin agama yg sgt kejam untuk dianuti. Bagaimana pula dengan kristian? Agama dan urusan dunia dipisahkan. Bebas untuk melakukan apa2 shaja. Jika kita tidak mempunyai ilmu, pasti kita akan memilih sesuatu berlandaskan nafsu semata2. Begitu juga politik, apa yg kita nampak dari mata kasar tentang kebaikan memilih parti politik yg ini atau memilih yang itu? Ramai yg memilih jalan salah atas pelbagai sebab dan perkara yg mempengaruhinya, namun ilmu itulah cahaya kehidupan. Selagi kita hanya mengikut telunjuk orang secara membuta tuli, ternyata ilmu didada terlalu sedikit. Begitu lah yg berlaku saat kita melihat org bukan islam masih menganut agama masing2. Mereka tidak mengetahui selok belok agama, tetapi mereka melihat kepentingan duniawi semata2. 

Politik Malaysia juga begitu, ade parti yg memisahkan hubungan agama dan duniawi dan ada juga parti yg menggunakan kuasa lain untuk memperjuangkan agama semata2. Nampak seperti kedua2 belah pihak berada dilandasan yg salah. Mungkin kerana itu anak muda melihat tiada gunanya memilih parti mana2. Semuanya adalah kerana kuasa semata2. Jadi caranya mudah, setiap masalah yg berlaku cuba kaitkan semula dengan Agama. Jika seorg ateis melihat masyarakat Islam adalah masyrakat yg kejam, maka dia mengenal islam secara membuta tuli. Tetapi jika dia mendalami Islam itu sebenar2nya dia akan merasai nikmat hidup di dunia dan akhirat. Dalam politik, memilih parti bukan kerana pengikutnya. Tetapi melihat pada pemimpin dan fahaman yg diperjuangkan. Jika kita melihat duniawi semata2, kita umpama memihak kepada parti yg memperjuangkan nafsu semata2. Tetapi jika kita melihat dari segi agama, kita akan lihat bahawa memilih parti politik berteraskan agama mampu membawa kita keselesaan dan kenikmatan yg jauh dari apa yg kita rasai sekarang. 

Mungkin ramai yg kurang tangkap dengan apa yg cuba aku luahkan, namun banyakkan lah membaca bahan2 bacaan berkaitan agama dan situasi politik masa kini kerana lebih banyak ilmu yg kita cari, makin berkuasa kita suatu hari nanti. Jangan jadi seperti mereka yg mengikut parti politik semata tetapi tidak mendalami apa yg diperjuangkan. Dan perlu diingatkan, memilih parti politik adalah perlu kerana kita tidak mahu negara yg kita cintai jatuh ke tangan yg salah. Kerana itu akan menyebabkan kehidupan kita melalui saat yg paling genting. Dunia hanya sementara, aku akui aku juga manusia biasa yg melakukan kesilapan dan aku bukanlah org yg tahu selok belok tentang agama tapi aku melihat jauh perubahan yg berlaku jika Agama itu diletak setinggi2 yg mungkin. Kerana kita ini hanya manusia. Makhluk yg lemah lagi hina. Agama itulah yg mencorakkn kehidupan yg sebenar. Ingat, agama perkara yg pling besar dalam kehidupan. Jangan sesekali jauhkan agama dari apa yg kita lakukan dan apa yg kita pilih kerana kesannya amat besar. 

Thursday 26 January 2012

Kes Rompakan

Cerita ni berlaku waktu malam tahun baru cina. Keadaan jalan raya yg kurg sesak dan tidak yg ramai lalu lalang disekitar kawasan pusat komersial Kelana Jaya waktu itu. Aku tiada di tempat kejadian, namun aku imbas kembali apa yg aku fikirkan sewaktu aku bersama teman yg kerja di 7Eleven yg terletak dikawasan itu. 

2 hari sebelum tibanya Tahun Baru Cina~
Addy, seorg pekerja 7Eleven yg terletak di Kelana Jaya. Aku dtg ke tempat kerja pd petang itu. Pertama kali dtg ke tempat kerjanya atas permintaan addy sendiri. Busan katanya, memndangkan kawasan disitu didiami majoriti oleh kaum cina, jadi kesempatan ini digunakan oleh mereka utk pulang ke kampung(kampung???). Apalagi, seluruh kawasan itu sgt sunyi dan tidak ramai yg dtg ke 7Eleven. Kami hnya berbual kosong, ternyata aku terasa bosan apabila tidak ramai yg dtg ke kedai kawan ku itu. Tak dapat nk cuci mata. Namun, sejenak aku berfikir, kalo gayanya mcm ni, mmg mudah la perompak nk merompak kedai mcm ni... lalu aku pun bertanya kat member aku ni jika pernah berlaku kejadian rompakan di 7eleven ni...Addy ckp kedai 7e kt sni bru bukak dlm 3 bulan, dan pernah belaku kes rompakan sekali dengan menggunakan parang. Mahu tidak mahu, wang RM300 terpaksa diberi. Aku leka mendengar, kejadian seumpama itu sgt femes dikalangan pekerja kedai yg beroperasi 24jam. Jadi aku tidak ambil pusing. Namun, aku rasa ini adalah waktu sesuai utk perompak melakukan kerja part time diorg...hahaha

Hari kedua Tahun Baru Cina
Aku menerima mesej sejurus kemudian selesai makan malam di rumah ku. Perkhabaran dari Addy yg mngatakan kedainya dirompak. Sedikit terkejut namun aku hnya mampu terdiam. Addy sdg membuat laporan polis, penat katanya apabila berbagai prosedur perlu dilakukan. Aku hnya mnyuruhnya bersabar. Namun sudah terdetik dihatiku yg perkara ini bagai akan berlaku. Apa2 pon ini adalah perkara biasa, cuma aku harap perompak diluar sana utk segera berhenti dari melakukan perkara yg menyusahkan org ramai. Kalo perompak ni mintak kerja kt 7E pon lg bagus, bukan apa, Addy sendri pernah beritahu aku, bahawa kedai di areanya memerlukan 2 org lagi pekerja. Bukankah lebih baek kalo terus kerja disitu je drpd merompak dan diburu polis...Alih2 lokap jugak perginya. Fikir fikirkanlah. 


Monday 23 January 2012

Pertemuan Kekesalan dan Keseronokan

~Happy Chinese New Year~

Mlm sebelum tahun baru cina, aku ade satu kisah indah dalam hidupku yg selama ni aku cari2. Namun, dari segi rasionalnya, ianya perkara yg penuh dgn kekesalan. Aku masih rasa kesal dgn kehidupan ku ini, namun aku juga manusia biasa yg melakukan kesilapan. 

Aku dan Dia. Kitorg bru je kenal, namun hari ini dia berjanji nak dating ngan aku kt KL. Aku setuju memndangkan aku agak free hari ni. Namun, macam bese la.. aku akan moody kalau org ajak aku kuar, dan membatalkan pertemuan di saat2 akhir. Urghhhh...Rase hati ni seumpama dipermainkan. Namun aku bersabar. Kami hnya berbual di telefon. Sedang aku pula berada di sekitar KL sentral. 

macam mana ni..awak da janji nk jumpa saya!! 

awak, bukan saya nk batalkan pertemuan ni, tp my sis ajak pergi shopping n paksa saya temankan die...

tapi kan kita da janji nk jumpa hari ni? kenapa awak x bgtaw akak awak tuh je..

mmg la, tp akak saya xley pegi shupping sorg2..kesian plak kt die...kalo die g shupping, saya kene ade, sbb ley tolg die angkat brg skit2...mklumlah, akak saya tuh kalo shopping penuh tgan die nanti. awak, so sorry sgt. 

erm, mmg betul lah kan status yg pernah saya post kn dlu... (aku cuba merungkaikan kembali sbb2 knp die tetiba nk sgt jumpa aku, sebelum ini pernah aku postkn satu status ~
"why so hard juz 2 hav a date.... im giv up..now open up to any possibilities."
Aku agak terkilan dan ternyata die benar2 rasa bersalah. 

awak!! mintak maaf, saya mmg bersalah gila ni. saya tak ptut buat awak macam ni.

perbualan kami berpanjangan sehingga kami mula bercanda dan bergurau. Dia mmg sgt caring dan sgt pandai mangambil hati. Aku hanya tersenyum sepanjang aku berada di KL sentral petang tuh. Namun, dalam hati ni masih tersimpan keinginan untuk bertemu dengannya. Aku masih mencuba.

awak, saya betul2 nk berjumpa dgn awak ni.. 

baiklah, awak datang rumah saya malam ni. Dekat area ******* ***** ****** ****

xpe ke?? awak tinggal dengan siapa...

saya tinggal dengan kakak saya, tapi kakak saya jrg balik rumah, dia selalu buxy dgn kerja. tpi awak kene naik KTM dan turun kt stesen ni sebelum pukul 11. Sbb saya dpt on-call dr tempat keje suwoh saya dtg skrg. Saya mmg betol2 x dpt jumpa awak..

Entah macam mana, tetiba dia sendri mencadangkan aku untuk dtg ke tempat keje dia. Setelah masing2 bersetuju, aku pon dtg sndiri naek bas. Sanggup bersusah payah walaupon bru je berkenalan..Hahaha, Aku ni mmg cepat gila bayang. Setelah smpi ditempat kerja dia, kami masih sempat bercanda dan bergurau, seolah olah dah kenal lama. Dia sgt sweet. Aku sanggup tgu die habis keje pukul 11, walaupon aku dilanda kebosanan bile die terpaksa mengadap kerjanya. Tidak sangka die mempelawa aku untuk tidur sekali dirumahnya. Dia  mnyuruhku untuk tidur di ruang tamu sementara menuggu hari esok. 

Seperti yg dijanjikan, aku dtg kerumahnya.. Namun aku sendiri sempat bergurau dan menyatakan keinginan utk tidur bersamanya didalam bilik. Oh, tenyata apabila berdua pasti ada yg ketiga. Aku jadi serba salah dan sedikit kegusaran melanda, namun die nmpk tenang dan mengingikan sesuatu dari ku.. Malam itu aku melihat keluar tingkap. Pemandangan sekitar kawasan ini dari aras 7 sgt indah dengan kelipan lampu neon bertebaran di segenap pelusuk ruang. Selepas itu, huh!!! 
aku umpama berada di alam fantasi. Dia seakan akan memahami diriku ini.. namun jauh disudut hati ku, apa yg telah aku lakukan ini...ahh, sesungguhnya nikmat dunia yg sementara ini telah membawa ku menjalani kehidupan yg penuh dgn dosa. Apakan daya, iman ku bgitu kurg utk menapis perkara yg diluar dugaan. 

Namun, malam itu adalah satu-satunya peristiwa yg tidak dpt kulupakan. 

Thursday 19 January 2012

Ronda Ronda Satu Hari

Coretan kisah ku ini adalah kisah benar, kalo kalian ingin baca, pastikan dihabiskan bacaannya. Jangan pernah baca sekerat sekerat... orang kata bagai melepaskn batok ditangga...wah!!

penat juga menghabiskan masa bersama teman2..namun sangat berbaloi. semalam, aku dan teman2 ku yg laen menaiki kreta Toyota Wish berwana silver berjalan2 disekitar seksyen 7 Kota Anggerik. Permulaanya hanya lah untuk mencari rumah sewa utk teman2 ku (perempuan) disekitar sini untuk semester hadapan yg bakal tiba lagi sebulan lebih. Ke seluruh pelusuk seksyen 7 ini habis kami terjah, ntah dpt ntah tidak itu aku kurg pasti, namun nombor tepon sudah memenuhi segenap ruang kertas kosong yg digengam erat oleh Ara. Setelah selesai meronda kwasan flat pkns ini, kami meneruskan perjalanan tnpa hala tuju. 

kita nk pergi mana ni?? Raf bertanya.. soklan itu ditujukan utk semua.

aku memberi cdgn utk berjalan2 menerokai kawasan seksyen 7 ini. 

semua menyetujuinya lalu toyota wish meluncur laju meredah jalan tar hingga ke pelusuk mana pon kurg dikenal pasti. Namun, sesuatu yg kami lihat sgt mengujakan. Kami tiba disebuah kawasan elit yg sgt mendamaikan. Bukan itu shja, kebanyakan rumah disini membuatkan mata kami terbeliak sakan. Al maklumla, kami bukan dikalangan org2 berada. Ade sesetengah rumah yg menyerupai istana, dan sesetengah nya sgt besar sehingga menenggelamkan rumah2 disekitar yg dirasakan lebih besar dari sebuah masjid dikampung halaman ku. Kawasannya sgt sunyi dan rumah2 besar bagai tiada berpenghuni. Namun ku merasakan ketenangan nya ditahap yg maksimum. Aku memasang angan2 utk tinggal dikawasan sebegini suatu hari nnt. huh!!!

selepas penat berjimba melihat umah org kaya2 kt sni, aku dan 2 org lagi teman bercdg untuk ke KLCC jalan2.. aku mmg bercadang nk pergi ke KL utk bertemu dgn sorg kenalan lama. Namun, mesej yg aku dpt sedikit menghampakn.. 

" Hi. Sorry tapi tak jadi jumpa malam ni - 
ada urgent meeting kol 6.30 kat PWTC, 
tentu habis lepas kol 9. So sorry bro. 
Mayb lepas CNY better. Sorry again."

aku pon da xtaw nak buat apa ~ jadi aku berpatah balik ke Kota Anggerik menaiki KTM dan meneruskan perjalanan menaiki teksi hingga ke rumah... spoil terus mood aku satu hari... 
BENCI!!!... itu sje yg mampu aku luahkan...

Wednesday 18 January 2012

Makan Percuma

Penat masih terasa, maklumla, dlu dekat rumah bangun pun pukul 12 tgah hari...kadg2 tuh pernah mencecah ke pukul 2.. hari ni bangun pukul 10. itu pon sudah dikira awal. kepala masih terasa mengantuk. cadang untuk selesaikan beberapa hal di kampus, tp nmpknya rancangan lain pulak yang tiba.. Seperti yg djanjikan sebelum ini, temanku bersepakat utk belanja makan jika aku dpt lepak bersama dgnnya lagi.  Lepas kuar makan tgah hari di bob corner sek 18 bersama, kami meneruskan rancangan untuk melihat ketenangan laut di pelabuhan Klang. aku yg dalam keadaan separuh buntu dengan ayat "ketenangan" itu pun berfikir sendirian

Apa pelabuhan itu satu tmpt yg menenangkan ke?

memandangkan teman aku menjadi driver full time aku hari ni. aku hnya menurut perintah. kereta kancil biru memecut laju atas jalan tar dan meninggalkan berpuluh2 lori besar di belakang. bandar Klang mmg sesak dengan pelbagai jenis lori. Sesekali dihimpit oleh dua lori besar gedabak kiri dan kanan, berpeluh juga dibuatnya, namun, drebar disebelah nampak tenang sambil menghisap dan menghembuskan asap rokok. aku hnya melihat pemandangan sekeliling. Bandar yg umpama 'hidup segan mati x mahu' adalah jolokan yg plg sesuai diberi. Mana tidaknya, bnyk bangunan yg terbengkalai dan pekan pekan lama yg tidak berfungsi. Namun, jalanraya masih sesak dgn ribuan kereta yg lalu lalang.

setibanya di pelabuhan klang, ternyata aku rasa sedikit kedamaian disini, tidak ramai org yg kelihatan. mungkin kami tiba pada waktu kerja, namun menurut rakan ku ini, pd hari cuti, kawasan ini agak sesak dgn org ramai. melihat pada padang rumput yg menghijau menghadap ke laut klang ini, ternyata ianya adalah sebuah resort golf. namun, jauh disudut ati, aku rindukan ketenangan yg sebenar. Pantai barat M'sia terlalu tercemar, namun, pokok yg berdaun halus disepanjang jalan mendamaikan mata memandang.



Setelah awan bertukar mendung, kami buru buru meninggalkan kawasan Port Klang ini dan meneruskan perjalanan ke Kota Anggerik. Setibanya di sana, kawan ku berhasrat utk membelanjakan aku Pizza Hut. Oh, sguh terharu dan bersyukur. Makan free lagi hari ni. Untung punya rakan yg sudah bekerja. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Plaza Alam Sentral, namun rasa sperti tnpa hala tujuan...aku mnyuruh rakan ku untuk turunkan aku di pusat komersial seksyen 7 utk ke salon rambut. Kali pertama ke salon rambut namun agak mngecewakan kerana harga yg 2 kali ganda dr kedai biasa namun ketampanan ku masih terselah disitu. Aku mengukir senyuman pabila berhadapan dengan sang cermin di kamar tidur. Rmbut stail terkini sedikit mengurangkan kekecewaan aku sebentar tadi.

Tuesday 17 January 2012

Kota Bougainvillea ke Kota Anggerik

Alhamdulillah, aku kini telah menjejakkn kaki ke Kota Anggerik. Kelewatan sepuluh minit di Medan Gopeng sedikit mengubah mood aku pagi semalam. Apa yg JPJ ni cek kt bas yg aku naiki smpi lambat sgt nk bergerak. Ah, jauh disudut hati aku, terkenangkn perihal ibu aku. Masih menganggap aku mcm budak2, tp bila difikirkan balik, ibu aku masih boleh bersabar dengan sikap aku yg aku rase mcm ptut diberi penampar ni. Kdg2 bukan aku x nampak yg org disekeliling aku dah bnyk bersusah payah utk aku, tp aku ego, kononnya boleh berdiri atas kaki sendiri. Namun, hati kecil ni masih menyimpan angan2 yg suatu hari nanti aku akan ringankan beban famili aku. Mampukah??

11:25pm
Dah dekat 2 jam aku dlm bas. Terasa kebas otot2 ni duduk terlalu lama. Tak sedar dah smpi Slim River, jauh sgt aku termenung tadi. Kelihatan penumpang pun melyan perasaan masing2, pelik...x ramai plak yg mengambil kesempatan utk tidur. Mungkin malam masih muda, jam pon bru menunjukkan pukul 11:26pm. Aku masih memekakkn telinga dgn earphone berlagukan lagu2 sedeyh... konon dpt mengubat hati yg duka lara, namun rasa dada ni makin sakit ada lah..

1:30am
dah smpi ke hentian seksyen 17 Kota Anggerik. Erm, memndangkan kawan aku hari ni keje shift malam jadi aku terpaksa habiskan 10 hengget aku untuk menaiki teksi. Maklumlah, time2 gini, bayaran teksi jadi 2 kali ganda. Namun, hati ni lega sbb dah smpai ke pintu umah sewa. Lupakan hal semalam, aku nk lelapkan mata dan mimpikan yg indah2.

Friday 13 January 2012

Anak Derhaka

Satu keluhan berat dilepaskan…
Tahun lepas iaitu tahun 2011, terlalu bnyk kesusahan dan kepayahan yg aku lalui namun x membawa sbrg erti dlm hidup aku…ternyata sia2. Aku banyak main.. itu je yg dpt aku rungkaikan selama setahun aku berjauhan dr tempat asal. Aku banyak merungut, mengeluh, menuduh, dan termenung, arghh, semua lah aku. mungkin aku belum dpt menyesuaikn diri dgn tempat org yg penuh cabaran ni.

Awal tahun ni shaja aku da bawak sial. Ntahla, menyesal yg teramat sgt, tp apakan daya, kelemahan aku yg terlalu mengikut kata hati dan sering emosional ni x pernah lenyap dlm kamus hidup aku. Tempoh hari, aku melancarkan mogok terhadap parents aku. waktu itu, mak aku menangis disebabkan aku.. aku betul2 menyesal. Tp aku sendiri buntu nk wat apa lepas tuh. Jadi aku paksa parents aku utk balik ke Kota Anggerik iaitu tmpt blaja aku dlm masa terdekat ni. Kampung halaman ni dah x membawa makna ketenangan pd aku lagi…Smpi macam tuh sekali~huh!!!