Wednesday, 18 January 2012

Makan Percuma

Penat masih terasa, maklumla, dlu dekat rumah bangun pun pukul 12 tgah hari...kadg2 tuh pernah mencecah ke pukul 2.. hari ni bangun pukul 10. itu pon sudah dikira awal. kepala masih terasa mengantuk. cadang untuk selesaikan beberapa hal di kampus, tp nmpknya rancangan lain pulak yang tiba.. Seperti yg djanjikan sebelum ini, temanku bersepakat utk belanja makan jika aku dpt lepak bersama dgnnya lagi.  Lepas kuar makan tgah hari di bob corner sek 18 bersama, kami meneruskan rancangan untuk melihat ketenangan laut di pelabuhan Klang. aku yg dalam keadaan separuh buntu dengan ayat "ketenangan" itu pun berfikir sendirian

Apa pelabuhan itu satu tmpt yg menenangkan ke?

memandangkan teman aku menjadi driver full time aku hari ni. aku hnya menurut perintah. kereta kancil biru memecut laju atas jalan tar dan meninggalkan berpuluh2 lori besar di belakang. bandar Klang mmg sesak dengan pelbagai jenis lori. Sesekali dihimpit oleh dua lori besar gedabak kiri dan kanan, berpeluh juga dibuatnya, namun, drebar disebelah nampak tenang sambil menghisap dan menghembuskan asap rokok. aku hnya melihat pemandangan sekeliling. Bandar yg umpama 'hidup segan mati x mahu' adalah jolokan yg plg sesuai diberi. Mana tidaknya, bnyk bangunan yg terbengkalai dan pekan pekan lama yg tidak berfungsi. Namun, jalanraya masih sesak dgn ribuan kereta yg lalu lalang.

setibanya di pelabuhan klang, ternyata aku rasa sedikit kedamaian disini, tidak ramai org yg kelihatan. mungkin kami tiba pada waktu kerja, namun menurut rakan ku ini, pd hari cuti, kawasan ini agak sesak dgn org ramai. melihat pada padang rumput yg menghijau menghadap ke laut klang ini, ternyata ianya adalah sebuah resort golf. namun, jauh disudut ati, aku rindukan ketenangan yg sebenar. Pantai barat M'sia terlalu tercemar, namun, pokok yg berdaun halus disepanjang jalan mendamaikan mata memandang.



Setelah awan bertukar mendung, kami buru buru meninggalkan kawasan Port Klang ini dan meneruskan perjalanan ke Kota Anggerik. Setibanya di sana, kawan ku berhasrat utk membelanjakan aku Pizza Hut. Oh, sguh terharu dan bersyukur. Makan free lagi hari ni. Untung punya rakan yg sudah bekerja. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Plaza Alam Sentral, namun rasa sperti tnpa hala tujuan...aku mnyuruh rakan ku untuk turunkan aku di pusat komersial seksyen 7 utk ke salon rambut. Kali pertama ke salon rambut namun agak mngecewakan kerana harga yg 2 kali ganda dr kedai biasa namun ketampanan ku masih terselah disitu. Aku mengukir senyuman pabila berhadapan dengan sang cermin di kamar tidur. Rmbut stail terkini sedikit mengurangkan kekecewaan aku sebentar tadi.

4 comments:

nur said...

Bestnya jln2 cari kedamaian...

Si Pensel said...

haha...alhamdulillah, ini lah masanya utk bermuhasabah diri...

aiEz said...

seronoknya jalan2,hehe..seronok kan kalau berjalan2 lepas tu tgk keindahan alam berbanding lihat hutan batu..

si ngokngek said...

kira stail lar boleh potong dua lori,slalu mak aku pun tak lepas..HEHE

cari ketenangan=)