Tuesday 14 February 2012

Valentika

sejahat jahat aku, aku x pernah menyambut kedatangan hari valentine dan menyambut nya.. apatah lagi melakukan akitiviti yg x bermoral pd hari tersebut. :)

Friday 10 February 2012

Bukan Mudah Untuk Berubah (Episod 2)

First skali, aku nk ucapkan terima kasih kpd yg komen entry aku yg sblum ni. Terharu *smbil mengesat air mata*..

Bagi aku ini adalah perkara plg sukar skali. Kalo hisap rokok tuh mmg boleh berhenti dan ramai je yg dah pernah berenti daripada isap rokok. Tapi gay adalah kerana naluri. Bukan mudah tapi ada cara. Setiap masalah pasti ada jalan pnyelesaian. Cume kalau nk berubah serta merta itu adalah perkara yg sukar, knp aku ckp mcm ni?? sbb aku pernah cuba utk berhenti berkali2 sebelum ni, tp semua x berjaya. Tapi kali ni aku akan lakukn sedaya upaya dan aku hnya bergatung pd satu....iaitu Allah SWT. 

Sejak 2 menjak ni aku bnyk dekatkn diri dgn hal2 agama. Dan apa yg aku perasan, bila aku baca buku2 agama, aku akan cuba berubah utk jadi baek, tp bila aku mula tgalkn bende2 mcm ni, naluri gay tuh akan dtg balik.. so jalan penyelesaian nya adalah tidak henti2 membaca buku2 berkaitan agama dan melakukn xtvt yg berfaedah. Tapi smpi bila aku boleh bertahan aku pon x pasti..cuma satu je, aku mintak supaya Allah kabulkn doaku utk ttup kn hati aku utk mencintai lelaki. Dan bukaknlah hati ini utk mencintai insan yg bergelar wanita. 

Tp satu je yg aku takut, bila aku baca ayat ni~
Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?

aku masih belum bersedia utk diuji...apakan daya, aku berharap tiada yg dtg utk ggu hidup aku nk membawa aku ke jalan lama semula. 


Saturday 4 February 2012

Bukan Mudah Untuk Berubah

Entry ini sempena meyambut Hari Kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad SAW 
Salam Maulidur Rasul ~12 Rabiulawal 1433~

Beberapa hari sebelum aku ke umah kakak aku tuk jaga anak2 buah aku, aku ada berjumpa dengan skandal aku. Wah, cerita pasal skandal plak time2 maulidur rasul ni....apakah?? lek2..aku nk cerita kisah yg sbnrnya ade intisari dlm kehidupan aku sbg manusia yg sudah menyimpang jauh..huh...ayat!!

Isnin 30 Januari
hari ini aku berjumpa dengan skandal aku Kimi(bukan nama sebenar). Kimi merajuk sbb mlm semalam aku dah janji nk jumpa dia, tp aku plak kansel las minit tnpa memberitahu apa2 notis. disebabkan terlupa duk asyik sgt tgok AJL aku pon tidak meninggalkan apa2 pesanan utk membatalkan temujanji dgn Kimi. Keesokkan paginya, aku bertanya kabar. Namun Kimi membalas mesej mcm seperti ada yg x kene. Waktu tuh aku masih x perasan, jadi aku terus call Kimi dan Kimi menjawab dgn nada yg kecewa. Aku dtg ke tempat kerjanya dan berjumpa dgn dia ptg tuh. Kimi menceritakan yg semalam dia telah tgu aku dpan tempat kerjanya smpi bas yg terakhir melalui jalan besar. Selepas Kimi yakin yg tiada lagi bas beroperasi barulah dia pulang ke rumah. Semata2 utk berjumpa dengan aku. 

Terharu aku dgr, aku cuba pujuk die. Namun mukanya masih lagi monyok. Aku sebenarnya x pandai nk pujuk2 org ni. Namun, aku rase disebabkan rasa syg nya terhadap aku die cuba melupakan hal semalam, dia belanja aku makan McD dan kitorg pon lepak2 sebentar menghirup udara kotor pekan SS2. Dan perbualan kami terhenti apabila aku luahkan sesuatu...
Dialog nya lebih kurang begini....

Kimi, aku sebenarnya ade perkara nk beritahu ko...

Apa??

Erm, aku nk berubah...

" Ko nak berubah? Kenapa, berikan aku sebab kenapa ko tetiba nk berubah. Sedangkan org yg dah 40 tahun pun masih x mampu nk berubah, ko yg masih muda dah ckp mcm ni. Jauh lagi perjalanan ko. Ko nk berubah sbb ade org laen ke atau mmg ko nk berubah jadi str8?? " Mukanya merah padam menahan marah

"Entah la kimi, aku nk hidup normal mcm org laen" Aku xnk bnyk ckp, sbb aku taw Kimi xkn paham

"Pensel, aku bukan x stuju utk ko berubah, tp selama aku jadik gay ni x pernah lagi aku tgok dpan mata aku sendiri org mcam kita ni berubah. Bukan aku x caya gay itu boleh berubah, tapi kalo ko betul2 nk berubah ade 3 bende yg ko kne buat. First, ko kene delete account gay ko(sebuah laman web sosial utk gay yg wat aku mngenali si Kimi), Second, ko kene janji dgn diri ko utk x berjumpa ngan mana2 lelaki yg gay dan third ko kene ade awek, and I assume u'r str8." Panjang bejele si Kimi ni ceramah aku.

Namun, aku hanya terdiam. Bukan aku akur dgn kata2 dia, tapi aku hnya ingin mengalah kerana inilah cabaran pertama aku kene hadapi. Aku tahu Kimi marah, namun siapa lah dia. Kita berkenalan pun bukan atas dasar cinta semata2. Hati aku kini telah berjanji bahawa aku mmg benar2 berubah. Dan walau apa pun cabaran dan dugaan aku perlu hadapinya dgn tabah.

*Bersambung*


Kanak Kanak Dan Kasih Sayang

Satu minggu aku x dpt menjengah blog ku ini. Kesibukan menguruskan anak sedara sepermegian abg iparku ke luar negeri atas urusan kerja. Lagipun, tak ada perkhidmatan internet dirumah kakak aku.  Walaubagaimanapon aku bermuhasabah diri apabila terpaksa berhadapan dengan karenah bebudak kecik ni. Kenakalan mereka kadangkala memecahkan benteng kesabaran aku. Adakalanya ku rasakn terlalu penat. Pernah beberapa kali aku dipanggil oleh kakak ku utk menemaninya kerana kederat perempuan utk menjaga 4 org anaknya sebelum ini bukan perkara mudah. Aku agak terseksa dan sering menyalahkan si ayah mereka yg sibuk dgn kerja tnpa menghiraukan tggungjawab nya. Namun, kini tiada guna lagi utk menyalahkan siapa2. Selagi aku masih hidup, itulah tgunggjawab aku sebagai seorg adik lelaki utk membantu kakak yg dlm kesusahan. Tidak semestinya apabila perempuan itu berkahwin, aku perlu abaikan perihal kakak ku walaupon kini tgunggjawab sepenuhnya atas abg iparku. Adik beradik ku adalah darah daging ku, manakan sama dgn org yg bukan darah dging sendiri. Kasih sayang darah dging sendri sentiasa akan berkekalan.   Apatah lagi melihatkn sikap kakak ku yg amat sabar dlm menjalani kehidupan nya sbg seorg ibu dan istri. Kakak ku mempunyai tahap kesabaran yg amat tgi. Namun, adakalanya aku rasakn kakak ku perlu tegas dgn pendiriannya, bukan hnya membiarkan nasib diri dianiyai suami yg memberi alasan kerja 24 jam. Tugas menjaga anak2 bukan terletak pd tangan isteri semata mata ttp ini adalah tugas kedua2nya. Abg ipar aku langsung tidak menunjukkn perubahan dlm menunaikan tgunggjawabnya sbg seorg bapa. Aku risaukan masa depan anak2nya nanti.

Hikmah aku menjadi seorg babysitter sementara, aku pelajari bahawa menjaga anak2 bukan perkara mudah. Di situ lah terdetiknya keinsafan apabila aku ingati semula kenakalan ku sewaktu kecil. Namun, shingga kini ibuku masih bersabar dgn sikap aku. Begitu juga ayahku, walaupon dia diam, namun jauh disudut atinya aku dpt lihat kekesalannya dlm mendidik anak2 tnpa kasih syg yg secukupnya dahulu.

“Buat taw jaga x taw”
Itulah ungkapan biasa aku luahkn dlm ati apabila aku melihat seorg bapa yg membiarkan anak2 mereka menjalani kehidupan tnpa kasih syg yg secukupnya kerana aku mngerti apa yg difikirkan oleh anak2 tersebut tnpa kasih syg seorg bapa.

Aku pernah lalui kehidupan sbg seorg anak yg kurg kasih syg drpd ayah aku sndri. Ayah aku agak tegas dalam mendidik anak2. Namun ayahku juga seorg yg mempunyai ego yg tgi. Jangan kn diajak berbual, senyum pon jarang sekali. Aku seorg yg pendiam. Dan aku akui aku juga ego. Disebabkan aku jarang bermesra dgn ayahku, aku menyimpan dendam namun, lama kelamaan aku rasa penat. Ayah ku langsung tidak menghiraukan aku shinggalah pelbagai masalah dan dosa yg telah kulakukan atas dasar mencari kasih sayang dr seorg insan yg bergelar lelaki. Perjalanan hidup ni bukan mudah. Namun aku tidak mahu lagi berdendam, aku mahu tebus semula kesilapan aku sbg seorg anak sebelum semuanya telambat.

Moga Allah berikan aku kesempatan utk berkongsi cerita pahit yg pernah kulalui sebelum ini bersama kalian. Sebelum tuh aku nk out jap...laen kali kita smbung lg ^.^v