First skali, aku nk ucapkan terima kasih kpd yg komen entry aku yg sblum ni. Terharu *smbil mengesat air mata*..
Bagi aku ini adalah perkara plg sukar skali. Kalo hisap rokok tuh mmg boleh berhenti dan ramai je yg dah pernah berenti daripada isap rokok. Tapi gay adalah kerana naluri. Bukan mudah tapi ada cara. Setiap masalah pasti ada jalan pnyelesaian. Cume kalau nk berubah serta merta itu adalah perkara yg sukar, knp aku ckp mcm ni?? sbb aku pernah cuba utk berhenti berkali2 sebelum ni, tp semua x berjaya. Tapi kali ni aku akan lakukn sedaya upaya dan aku hnya bergatung pd satu....iaitu Allah SWT.
Sejak 2 menjak ni aku bnyk dekatkn diri dgn hal2 agama. Dan apa yg aku perasan, bila aku baca buku2 agama, aku akan cuba berubah utk jadi baek, tp bila aku mula tgalkn bende2 mcm ni, naluri gay tuh akan dtg balik.. so jalan penyelesaian nya adalah tidak henti2 membaca buku2 berkaitan agama dan melakukn xtvt yg berfaedah. Tapi smpi bila aku boleh bertahan aku pon x pasti..cuma satu je, aku mintak supaya Allah kabulkn doaku utk ttup kn hati aku utk mencintai lelaki. Dan bukaknlah hati ini utk mencintai insan yg bergelar wanita.
Tp satu je yg aku takut, bila aku baca ayat ni~
Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?
aku masih belum bersedia utk diuji...apakan daya, aku berharap tiada yg dtg utk ggu hidup aku nk membawa aku ke jalan lama semula.
4 comments:
hmm.. harap awk tak balik ke jalan laama.. brdoalah dan dekatkan diri dengannya..
InsyaAllah awak boleh berubah! semangat!! :D
Allah menguji hambanya dengan ujian yang mampu hambanya hadapi. Dapat dilihat di sini betapa Allah percayakan hambanya, dan kita sebagai hamba mesti percayakan Allah juga. Menjadi orang yang beriman memang perlukan kekuatan yang kuat dan pasti diuji. Baca semula Kisah-kisah para Rasul dan Sahabat, ujian mereka jauh lebih dahsyat dari kita. MashaAllah.
Bersabarlah sahabat, moga Allah sentiasa merahmati kamu:D
banyakkan berdoa..insyaAllah Allah akan terima doa kamu..bykkan membaca Al-Quran hati kamu akan tenang..
Post a Comment