Thursday, 26 January 2012

Kes Rompakan

Cerita ni berlaku waktu malam tahun baru cina. Keadaan jalan raya yg kurg sesak dan tidak yg ramai lalu lalang disekitar kawasan pusat komersial Kelana Jaya waktu itu. Aku tiada di tempat kejadian, namun aku imbas kembali apa yg aku fikirkan sewaktu aku bersama teman yg kerja di 7Eleven yg terletak dikawasan itu. 

2 hari sebelum tibanya Tahun Baru Cina~
Addy, seorg pekerja 7Eleven yg terletak di Kelana Jaya. Aku dtg ke tempat kerja pd petang itu. Pertama kali dtg ke tempat kerjanya atas permintaan addy sendiri. Busan katanya, memndangkan kawasan disitu didiami majoriti oleh kaum cina, jadi kesempatan ini digunakan oleh mereka utk pulang ke kampung(kampung???). Apalagi, seluruh kawasan itu sgt sunyi dan tidak ramai yg dtg ke 7Eleven. Kami hnya berbual kosong, ternyata aku terasa bosan apabila tidak ramai yg dtg ke kedai kawan ku itu. Tak dapat nk cuci mata. Namun, sejenak aku berfikir, kalo gayanya mcm ni, mmg mudah la perompak nk merompak kedai mcm ni... lalu aku pun bertanya kat member aku ni jika pernah berlaku kejadian rompakan di 7eleven ni...Addy ckp kedai 7e kt sni bru bukak dlm 3 bulan, dan pernah belaku kes rompakan sekali dengan menggunakan parang. Mahu tidak mahu, wang RM300 terpaksa diberi. Aku leka mendengar, kejadian seumpama itu sgt femes dikalangan pekerja kedai yg beroperasi 24jam. Jadi aku tidak ambil pusing. Namun, aku rasa ini adalah waktu sesuai utk perompak melakukan kerja part time diorg...hahaha

Hari kedua Tahun Baru Cina
Aku menerima mesej sejurus kemudian selesai makan malam di rumah ku. Perkhabaran dari Addy yg mngatakan kedainya dirompak. Sedikit terkejut namun aku hnya mampu terdiam. Addy sdg membuat laporan polis, penat katanya apabila berbagai prosedur perlu dilakukan. Aku hnya mnyuruhnya bersabar. Namun sudah terdetik dihatiku yg perkara ini bagai akan berlaku. Apa2 pon ini adalah perkara biasa, cuma aku harap perompak diluar sana utk segera berhenti dari melakukan perkara yg menyusahkan org ramai. Kalo perompak ni mintak kerja kt 7E pon lg bagus, bukan apa, Addy sendri pernah beritahu aku, bahawa kedai di areanya memerlukan 2 org lagi pekerja. Bukankah lebih baek kalo terus kerja disitu je drpd merompak dan diburu polis...Alih2 lokap jugak perginya. Fikir fikirkanlah. 


4 comments:

Liza Razak said...

kdg2 kesian orang yang bekerja kat kedai 24 jam ni.selalu jadi mangsa rompakan

norma said...

sukanya saya andai dapat kenal dgn awak . "terharu, walaupon saya bukan buddies awak lagi ;)" bolehh terangkan ? saya nak tahu awak sapa :) <3

Si Pensel said...

yup, btol2...tp ini kira ok lagi...kdg2 tuh ade smpai kes bunuh org lgi...huh...


hahahaha...sje je komen mcm tuh... x perlu la awk tahu saya siapa... saya bukan retis pon,ngehehehe

dill said...

kesian sangat. susah la kalau masih ada manusia yang berperangai buruk macam tu

dill.