Saturday, 4 February 2012

Bukan Mudah Untuk Berubah

Entry ini sempena meyambut Hari Kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad SAW 
Salam Maulidur Rasul ~12 Rabiulawal 1433~

Beberapa hari sebelum aku ke umah kakak aku tuk jaga anak2 buah aku, aku ada berjumpa dengan skandal aku. Wah, cerita pasal skandal plak time2 maulidur rasul ni....apakah?? lek2..aku nk cerita kisah yg sbnrnya ade intisari dlm kehidupan aku sbg manusia yg sudah menyimpang jauh..huh...ayat!!

Isnin 30 Januari
hari ini aku berjumpa dengan skandal aku Kimi(bukan nama sebenar). Kimi merajuk sbb mlm semalam aku dah janji nk jumpa dia, tp aku plak kansel las minit tnpa memberitahu apa2 notis. disebabkan terlupa duk asyik sgt tgok AJL aku pon tidak meninggalkan apa2 pesanan utk membatalkan temujanji dgn Kimi. Keesokkan paginya, aku bertanya kabar. Namun Kimi membalas mesej mcm seperti ada yg x kene. Waktu tuh aku masih x perasan, jadi aku terus call Kimi dan Kimi menjawab dgn nada yg kecewa. Aku dtg ke tempat kerjanya dan berjumpa dgn dia ptg tuh. Kimi menceritakan yg semalam dia telah tgu aku dpan tempat kerjanya smpi bas yg terakhir melalui jalan besar. Selepas Kimi yakin yg tiada lagi bas beroperasi barulah dia pulang ke rumah. Semata2 utk berjumpa dengan aku. 

Terharu aku dgr, aku cuba pujuk die. Namun mukanya masih lagi monyok. Aku sebenarnya x pandai nk pujuk2 org ni. Namun, aku rase disebabkan rasa syg nya terhadap aku die cuba melupakan hal semalam, dia belanja aku makan McD dan kitorg pon lepak2 sebentar menghirup udara kotor pekan SS2. Dan perbualan kami terhenti apabila aku luahkan sesuatu...
Dialog nya lebih kurang begini....

Kimi, aku sebenarnya ade perkara nk beritahu ko...

Apa??

Erm, aku nk berubah...

" Ko nak berubah? Kenapa, berikan aku sebab kenapa ko tetiba nk berubah. Sedangkan org yg dah 40 tahun pun masih x mampu nk berubah, ko yg masih muda dah ckp mcm ni. Jauh lagi perjalanan ko. Ko nk berubah sbb ade org laen ke atau mmg ko nk berubah jadi str8?? " Mukanya merah padam menahan marah

"Entah la kimi, aku nk hidup normal mcm org laen" Aku xnk bnyk ckp, sbb aku taw Kimi xkn paham

"Pensel, aku bukan x stuju utk ko berubah, tp selama aku jadik gay ni x pernah lagi aku tgok dpan mata aku sendiri org mcam kita ni berubah. Bukan aku x caya gay itu boleh berubah, tapi kalo ko betul2 nk berubah ade 3 bende yg ko kne buat. First, ko kene delete account gay ko(sebuah laman web sosial utk gay yg wat aku mngenali si Kimi), Second, ko kene janji dgn diri ko utk x berjumpa ngan mana2 lelaki yg gay dan third ko kene ade awek, and I assume u'r str8." Panjang bejele si Kimi ni ceramah aku.

Namun, aku hanya terdiam. Bukan aku akur dgn kata2 dia, tapi aku hnya ingin mengalah kerana inilah cabaran pertama aku kene hadapi. Aku tahu Kimi marah, namun siapa lah dia. Kita berkenalan pun bukan atas dasar cinta semata2. Hati aku kini telah berjanji bahawa aku mmg benar2 berubah. Dan walau apa pun cabaran dan dugaan aku perlu hadapinya dgn tabah.

*Bersambung*


4 comments:

iAmCekbolat said...

huh? kamu GAY ?

hurmm.. smoga dirahmati Allah ^^
bguslah sudah brubah..

Nur Intan Syafinaz said...

Alhamdulillah.
Dekatkan diri dengan Allah.
Kalau boleh jauhi kawan2 yang membawa ke neraka dan bersahabatlah dengan sahabat yang boleh membantu dan boleh bawa kita ke syurga:D
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Penyesalan adalah taubat" (Riwayat Ibn Majah)

Aesya Zealous said...

jgn la jadi gay..

kan ramai perempuan. sy pn perempuan. lol :P

missya ツ said...

stuju dgn org ats ni. niat tuk berubah pn da dpt pahala.tpi jgn sekadar rase2 je, mesti usaha berubah jgk.harus kuat,istiqamah :)